بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Monday, July 30, 2012

Kena lalu dua kawasan perkuburan...



Alhamdulillah. Dah masuk hari yang ke 10 kita berpuasa. Bermakna fasa pertama dibulan Ramadhan iaitu fasa pelimpahan rahmat akan berakhir hari ini. Fasa pelimpahan rahmat tu apa? Maknanya fasa pelimpahan kasih sayang dari Allah untuk umat Islam. Allah bagi terutamanya dalam masa 10 hari pertama dalam bulan Ramadhan. Kalau Allah sayang kat kita, nanti kita berdoa nak mintak apa pun mudah dimakbulkan. Nanti Allah mudahkan segala urusan kita. Abih takkan tak buat apa-apa pun semua orang dapat kasih sayang yang sama dari Allah? Kena kerja kuat sikitlah boh. Buat ibadat lebih sikit. Buat ibadat ikhlas kerana Allah untuk mendapatkan rahmatNya. Bukan beribadat sebab nak tunjuk kat awek. Bukan berterawih sebab nak tunjuk kat awek yang aku ni rajin beribadat. Tu namanya tak ikhlas. Ada agenda sendiri. Bukan post status kat FB, contohnya "jom terawih" atau "buka ala kadar" tapi post makanan berbuka macam makan orang kaya. Tu riak namanya. Tu kalau niatnya nak riak, baik tak payah puasa. Sebab puasa tu semuanya tak dapat ganjaran apa-apa. Mungkin betul niat dia baik nak ingatkan orang lain supaya mengerjakan solat sunat terawih, tapi kalau dipandang dari sudut yang lain, seolah-olah nak bagi tau kat orang lain bahawa dia ni bagus, semayang terawih tak tinggal. Setiap kali nak semayang dia post status mengingatkan orang supaya sembahyang. Tapi berhati-hatilah. Kalau terpesong niat tu akan membuatkan kita menjadi riak dan benda ni akan menghapuskan semua pahala amalan yang kita buat tu. Sama macam mengungkit balik perbuatan baik yang kita pernah buat kat orang lain. Bila kita sebut atau ceritakan atau ungkit balik, maka Allah akan tarik balik semua pahala dari amalan kita walaupun yang kita dah buat 10 atau 20 tahun dulu. Lainlah kalau kita ceritakan kebaikkan kita kat seseorang tu supaya orang tu terbukak hatinya nak buat amalan yang macam kita buat. Sekurang-kurangnya kita dapat pahala, pertamanya sebab mengajak orang membuat ibadat, dan keduanya kalau orang tu amalkan, kita pun dapat lagi pahala dari situ. Yang tu memang nak kena btul-betul niat nak mengajak orang untuk beribadat. Sebelum cerita kat orang, tanamkan niat betul-betul dalam hati bahawa aku ceritakan amalan ibadat yang aku buat ni semata-mata nak mengajak saudara aku ni supaya terbukak untuk beribadat. Contohnya macam blog-blog yang menceritakan tentang kelebihan solat sunat Duha. Biasanya kat ruangan komen tu, akan banyaklah orang yang bercerita pengalaman masing-masing tentang rezeki limpah nikmat kurnia dari Allah setelah mengamalkan sembahyang Duha. Kalau macam tu tak dikira riak sebab dia seolah-olah mengajak orang lain ikut mengamalkan solat Duha untuk mendapat rezeki dan sebagainya. Manusia zaman sekarang ni semuanya perlukan bukti baru dia orang nak buat sesuatu. Mungkin dengan komen dari dia orang ni akan menjadi suatu macam bukti untuk menggerakkan dia orang untuk beribadah. Ok la jugak dari tak buat langsung walaupun dah ada bukti-bukti yang nyata didepan mata. Sekali lagi, kena ikhlas dalam beribadah, bukan semata-mata nak mengharapkan rezeki tu datang bergolek depan mata.

Aku teringat pasal sorang kawan aku ni. Aku kenal dia dah lama, sejak umur aku 10 tahun kot sebab masa tu bapak dia baru berpindah ke kampung aku. Dulu dia ni ok je masa aku sama-sama bersekolah agama dengan dia. Lepas tu masa sekolah menengah, aku dah lama tak kontek dia. Yang aku tau dia pernah eksiden masa bawak motor sampai koma kepala dia kena besi pagar sementara kalau orang buat projek perumahan tu. Allah masih sayangkan dia. Nyawa dia masih panjang. Tapi tu la, lepas tu dia jadi macam tak betul. Masa lepas beberapa bulan dia eksiden tu, aku selalu la lepak dengan dia sebab masa tu baru abis SPM. Aku selalu pegi mancing dengan dia. Kadang-kadang kalau time cuti semester pun aku lepak dengan dia, main snooker, mancing dan kerja part time dengan dia. Kadang-kadang lepak kat depan rumah member aku yang satu lagi sampai pukul 2-3 pagi. Sampai takut nak balik tumah dan last-last tido kat rumah member aku tu. Yer la. Dari rumah member aku tu nak ke rumah aku, kena melalui 2 kubur. Satu kawasan kubur dekat depan rumah member aku yang eksiden tu. Yang tu boleh tahan sikit sebab masa tu aku berdua. Bila lepas hantar member aku balik tu (naik motor honda mangkuk bapak aku je masa tu, bukan laju pun, kalau antu bungkus kejar pun gerenti dia boleh melompat terus kat seat belakang motor tu) maknanya aku kena balik sorang-sorang la lalu kubur yang satu lagi. Memang tak menjadi masalah sangat kubur tu sebab kat kawasan kubur pertama tu arwah nenek dengan datuk aku belah mak aku memang tanam kat situ. Pastu kawasan kubur kedua tu arwah nenek dengan datuk aku belah bapak aku ada tanam kat situ. Tapi masalahnya bukan takut orang yang dah mati tu semua. Takut ada setan-setan yang berupa orang yang dah mati ni menyakat. Tapi Alhamdulillah. Sampai setakat ni aku tak pernah jumpa lagi. Kalau kena sakat dengan bunyi-bunyian tu memang dah biasa la.

Sambung balik cerita pasal member aku ni. Aku namakan dia A la.A ni lepas dia eksiden, kepala dia jadi tak betul. Dia macam jadi bingung. Sampai satu tahap dia tanya aku Tuhan tu kat mana? Ada tak dalam gengaman aku sekarang ni. Dia seolah-olah dah tak percaya kat Tuhan. Seolah-olah tak beriman. Dia selalu cakap yang dia dah selalu beribadat tapi kenapa Tuhan tak bagi apa yang dia nak. Dia selalu tak puas hati dengan Tuhan. Seolah-olah macam, orang lain boleh dapat tu dapat ni, tapi kenapa dia tak boleh dapat. Baru 4-5 hari lepas dia sms aku. Sebelum tu dia dah selalu mengadu kat aku yang dia putus tunang dah banyak kali. Semuanya asik tak menjadi je. Sebelum tu aku ada ajar dia supaya amakan la sembahyang sunat Duha, solat Tahajjud, dengan tak meninggalkan solat fardu. Bila aku tanya dia semayang fardu cukup ke tak, dia macam tergagap-gagap nak cakap dan oleh kerana aku tak nak mengaibkan dia, aku terus cakap, "haa bagus la kalau semayang fardu dah cukup, nanti senang nak buat semayang sunat". Aku saja cakap macam tu supaya dia tak malu kalau semayang fardu dia tak cukup. Pastu yang bagusnya, dia amalkan semayang sunat Duha tu, tapi lepas sekali semayang, malamnya dia sms aku lagi, "takde pun awek lekat kat aku?". Aku rasa macam nak tergelak bila dia cakap macam tu. Dah la yang pertamanya dia semayang semata-mata nak awek untuk dijadikan isteri. Yang keduanya dia nak sesuatu yang dia mintak tu akan datang dalam sekelip mata. Susah nak terangkan konsep atau plan Tuhan ni kat dia. Susah nak terangkan konsep bersangka baik pada Allah. Benda ni aku nak kena duduk 24 jam selama setahun untuk terangkan kat di satu persatu. Padahal dia sama-sama sekolah ugama dengan aku sampai darjah khas. Patutnya ilmu yang kami pelajari ni sama je tinggi rendahnya. Tapi mungkin sebab dia eksiden kot. Separuh dari ilmu agama dia dah hilang masa doktor operate dia dulu. 

Pastu baru-baru ni dia sms aku lagi, dalam sms dia berbunyi macam ni, "nape aku dipilih (maksudnya kenapa dia dipilih ditimpa dengan dugaan yang macam-macam, putus tunang, tak bahagia, tak dapat apa yang dia nak dan sebagainya), kan banyak lagi, xxx, xxx, xxx kan ada..." (dia sebut la beberapa nama member-member aku masa sama-sama satu kelas sekolah agama dulu. Aku rasa dah panas dah. Sampai tahap tu sekali dia tak puas hati kat Tuhan. Pastu aku jawap macam ni kat dia, "Kau tak tau jalan hidup diorg..apa ibadat diorg..apa doa diorg..apa pengorbanan diorg pada org lain..apa kesusahan yg diorg lalui utk dpt nikmat yg Allah bg skrg ni pada diorg..mungkin jln hidup diorg lbh susah dr kau...kau patut bersyukur dgn apa yang Tuhan dah beri pada kau sampai setakat hari ni....ada org nak makan pun takde duit..motor pun takde..hutang keliling pinggang..mungkin kalau kau kawen skrg kau tak dapat nak bahagiakan isteri ko..tu semua Tuhan dah ambik kira..mungkin kau blm bersedia nak bimbing isteri ko sebab kau sendiri pun blm betul lg..ko fikirkan dulu...". Aku memang ikhlas bagi dia faham cuma ayat aku tu macam kasar sikit supaya dia faham dan dia sedar kenapa Tuhan buat semua tu. Kalau tanya aku, aku pun tak tau kenapa Tuhan bagi bahagian yang macam tu kat dia. Tapi kalau ikut apa yang aku baca, yang aku belajar, yang aku faham dan yang terjadi pada pengalaman aku sendiri, memang tu semua cara Tuhan nak menguji kita dan kadang-kadng balasan atas dosa dan kesalahan kita selama ni. Kalaulah kononnya kita tak de buat dosa langsung, tapi Tuhan turunkan jugak bala dan dugaan dan kesusahan atau sakit kat kita, tu sebenarnya sebab Tuhan rindu nak dengar suara kita merintih dan merayu semasa berdoa. Sakit, bersabar dan redha dengan ujian Allah semuanya ada lah penghapus dosa dan peluang untuk kita mendapat ganjaran yang besar dari Allah dan peluang dari Allah untuk meningkatkan lagi darjat kita ke satu darjat lagi. Kita tak boleh nampak perbezaan darjat ni. Aku pun tak tau apa yang Allah maksud dengan darjat ni, tapi aku rasa la, dari pandangan aku darjat ni diukur dari pandangan kita pada orang lain. Kan kita boleh bezakan muka alim ulama dengan muka kaki pecah rumah atau kaki botol dan kaki perempuan. Kalau muka alim ulama ni kita suka je nak tengok dia. Muka dia redup, bersinar dan sejuk je bila kita tengok walaupun alim ulama tu kulit muka dia agak gelap. Kalau kita tengok muka orang jahat, walaupun putih kulit dia tap kan tak berseri-seri. Lagi satu kalau orang orang-orang baik ni senang je dia dapat bantuan atau dalam erti kata lain, Tuhan mudahkan je segala urusan dia. Aku ni kan jenis mudah je tak puas hati kat orang lain, nak-nak melibatkan sesuatu yang kena beratur kena bayar kat kaunter atau berurusan dengan orang lain. Ada orang yang kerja kat kaunter tu aku tengok dan berurusan dengan dia pun memang aku rasa nak marah dan menyampah je walaupun muka dia cantik atau hensem. Ada orang tu walaupun muka dia ganas tapi bila berurusan dengan dia aku jadi sejuk walaupun mula-mula macam nak marah. Ada orang tu kalau kita tengok dia, kita rasa suka nak bertegur sapa atau berbual dengan dia walaupun kita tak kenal dia (bukan yang berlainan jantina saja). Ada orang tu kalau boleh nak pandang muka dia pun kita taknak. Mungkin inilah dia perbezaan darjat yang Allah kurniakan pada manusia sesuai dengan ibadat dan amalan dia orang. Dan sampai hari ni, member aku si A tu terus senyap tak reply langsung sms aku tu. Agaknya dia tengah fikirkan kata-kata aku. Aku tak rasa dia terasa atau merajuk kat aku sebab tu aku bagi dia macam tu. Nanti raya nanti mesti dia sms aku la tu.



*kepada isteriku...nanti buka hari ni nak makan apa ek?

Thursday, July 12, 2012

Selamat Datang Ramadhan 1433H




Hari ni patutnya aku ada banyak keje ni. Tapi malas nak buat. Selalu pun malas jugak. Selalu tu aku malas nak tulis blog, tapi rajin buat benda lain. Tapi hari ni aku malas nak buat benda lain, tapi rajin nak tulis blog. Banyak benda tentang kehidupan aku yang aku malas dah nak share dengan orang lain kecuali dengan isteri aku sendiri. Malas nak citer pasal kematian wok dan miaw (tapi aku citer la jugak...erk) yang sungguh tragis. Ada ke mati sebab kutu isap sel darah merah dia. Tak masuk akal. Dulu kecik pun mati sebab kutu. Yang tu aku boleh terima sebab dalam masa dua minggu sebelum dia mati tu dia memang dah lemah. Badan dia kecik je so kalau kena isap darah dia makin tak bermaya la dia. Itu aku boleh terima. Najis dia pun ada campur darah. Tapi wok dengan miaw ni, dia sihat walafiat masa aku tinggalkan kat kedai pengasuh dia. Takde tanda-tanda dia sakit sebab kutu. Lagipun aku dah spot on (salah satu kaedah membasmi kutu pada badan kucing) seminggu sebelum tu. Kalau ada jugak kutu tu maknanya kedai tu tak spot on dia la sebab aku dah suruh dia spot on. Aku rasa sebab dia tak bagi makan. Masa dia keluarkan kucing tu masa aku nak amik tu baru dia perasaan kucing tu dah mati. Siap dah keras lagi jenazah dia. Maknanya dari pagi lagi dia tak pegi cek kucing tu. Maknanya lagi dia tak bagi makan la dari pagi, dan mungkin juga dari semalam-semalamnya atau mungkin dari sejak aku tinggalkan kat situ. Kenapa aku suka cakap macam tu? Sebab keadaan kucing-kucing aku tu masa aku baru lepas amik dari kedai tu mesti macam kucing kebuluran. Macam seminggu tak makan. Kalau bagi air tu, diaorg akan minum air tu sampai 5 minit tak berhenti. Sampai abis air dalam bekas dia sekali minum je. Bayangkanlah macamana kucing minum. Dia jelirkan je lidah dia kat air. Jelir lidah macam tu pun boleh abis air dalam satu bekas. Maknanya memang kebulur tak minum air. Kalau dia tak makan tu aku boleh terima lagi sebab kucing-kucing aku tu memang tak suka makan makanan kat kedai tu. Makanan murah. Tak sedap agaknya. Tapi kalau tak bagi air tu aku memang tak boleh nak terima. Aku redha ketentuan Ilahi. Tapi kalau betul dia tak bagi kucing-kucing aku makan dan minum, biarlah dia jawap dengan Allah kat akhirat nanti. Aku dah maafkan dia kalau betul dia buat salah. Yang selebihnya, biarlah dia jawap dengan Allah. Mudah-mudahan Allah akan menggantikan kucing aku dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Aminnnn.

keadaan wok dan miaw, seolah-olah mati dalam keadaan tertido. Tak ada tanda-tanda mati secara tiba-tiba .Berdosa besar siapa yang membiarkan binatang mati dalam kurungan tanpa makanan dan minuman
Kat rumah aku ni sekarang ada wabak kutu kucing. Kalau aku masuk bilik belakang tu, kutu-kutu tu akan berebut-rebut mengejar kaki aku. Pastu gigit kaki aku sampai gatal-gatal. Kekadang ada jugak yang terlepas sampai ke ruang utama rumah. Akibatnya badan-badan aku akan gatal-gatal. Dah 2-3 hari ni aku perasaan kat luar rumah pun ada jugak binatang ni. Aku rasa bukan setakat kat dalam rumah aku je. Kat luar rumah pun banyak. Sampaikan pada satu tahap, aku terpaksa spray ridsect atau shieldtox kat kaki aku sendiri bila kutu-kutu ni terbang dan melekat kat kaki aku. Semalam aku mandikan gemok, pun banyak kutu-kutu tu mati sebab aku mandikan gemok pakai syampu anti flea, ticks dan apa ntah lagi satu aku lupa. Aku ada baca kat google, orang-orang Indo pakai minyak Telon untuk membasmi kutu-kutu ni kat badan kucing-kucing tu. Dua hari lepas aku ada beli minyak telon ni kat KP, tapi aku beli jenis lain yang bau dia tak menyengat sangat. Masa beli tu aku ingat bau dia atau khasiat dia sama je. Aku saja beli yang jenis lain dari yang aku pernah beli sebelum ni sebab yang sebelum ni botol dia tu agak susah nak keluarkan minyak dia. Lubang dia kecik sangat. Yang baru ni lubang dia besar macam botol minyak gamat (kata orang yang jual masa aku nak beli tu) tapi masalahnya tak berkesan. Beriya aku sapu kat kaki aku sebelum aku masuk bilik belakang tu dengan harapan bila kutu-kutu tu terbang dan melekat kat kaki aku, semuanya akan pening-pening lalat dan mampus semuanya. Sangkaan aku benar-benar meleset. Malah makin banyak pulak kutu-kutu yang hinggap dan gigit kaki aku. Dengan sekelip mata atau orang putih kata "just before my eyes" akau sambar tin ridsect yang memang aku dah standby dekat-dekat situ dan terus sembur kaki aku yang dipenuhi kutu-kutu yang berkumpul kat situ. Kaki aku ni seolah-olah umpanan untuk aku membenteras kutu-kutu jalanan tersebut. Dua minggu lepas lagi best, masa tu aku memang dah bengang pasal kutu tu. Aku saja je spray bilik belakang tu, bila aku spray kesemua arah dalam bilik tu, aku dengar macam bunyi air hujan jatuh ke atap. Bila aku selidik, rupanya tu bunyi kutu-kutu tu jatuh satu persatu ke atas kotak-kotak dan suratkhabar yang aku buat alas dalam bilik tu. Bayangkan, bukan berpuluh, bukan beratus, tapi aku rasa ada beribu kutu tu dalam bilik tu. Sejak tu baru aku tau bilik tu banyak kutu. Aku rasa kalau aku tak buat eskperimen tu, aku rasa satu hari nanti aku pun boleh mati sebab darah aku kena hisap dengan kutu-kutu tu. Iskk...

sedap sangat kutu ni tengah gigit tangan aku 

antara kutu-kutu yang mati lepas aku spray dengan ridsect

minyak telon yang aku beli, yang ni tak berapa power untuk membunuh kutu

ni la syampu anti ticks, fleas and lice tu...kalau rambut korang banyak kutu, aku rasa pakai syampu ni bagus ni

minyak telon ni baru power, boleh membunuh kutu
Sempena isteri aku peknen ni, bukan sempena peknen sangat la, sempena, kan dia tak boleh nak duduk-duduk lama-lama sangat mengadap laptop, dan sempena dia bosan sebab tak boleh nak online selain dari tengok tv dan tido, dua hari lepas atas dasar kasih sayang yang tak berbelah bagi, maka aku pun belikan lah dia Tablet PC. Tablet PC ni sama macam ipad atau galaxy tab jugak dan boleh jugak nak buat call. Dan lepas ni senang la dia nak online kat situ sambil main game sambil baring-baring je. Tap payah nak duduk mengadap laptop. Err...sebenarnya aku malas nak citer pasal benda ni tapi tetiba gambar tablet ni ada kat dalam hp aku, so aku upload je la dan citer kat sini. Best jugak rupanya tablet ni. Dulu aku macam malas nak beli sebab, yer la...kan laptop lagi puas untuk on9, tapi tablet ni lagi best sebab kita bole on9 sambil baring-baring. memang boleh on9 pakai blackberry tapi screen dia kecik sangat. So tablet ni mungkin solution pada sesapa yang nak on9 sambil baring-baring macam aku ni. Banyak kelebihan dia, contohnya boleh masukkan sim kad broadband terus kat dalam tu untuk on9 dan sebagainya. Lepas ni boleh la dia komen-komen lagi kat FB dia. Kesian isteri aku. Dia selalu muntah-muntah, tak de selera makan, perut selalu sakit-sakit.  Berat badan pun dah turun. Aku jugak yang kena bebel dengan kakak aku dan mak aku sebab berat badan dia turun. Susah jugak jadi orang tengah ni. Kalau salah cakap, kena marah balik dengan isteri aku, kalau tak cakap, kena marah dengan kakak dan mak aku. Nak suruh diorg bercakap sesama sendiri, dua-dua pihak tak nak saling bercakap. Ibarat makan buah kepantangan beruk, ditelan mati mak, diluah mati bapak.  Takpelah, memang dari dulu aku selalu jadi mangsa sebagai orang tengah. Kalau mental dan fizikal aku tak kuat, aku rasa aku yang kena darah tinggi sebab sentiasa berada dalam keadaan tertekan. Alhamdulillah, Allah bagi aku kekuatan yang agak luar biasa pada aku selama ini bagi menghadapi situasi-situasi yang macam ni. Agaknya sebab tu lah ada sesetengah ibu yang tak larat nak mengandung lagi. Cukup la sorang je. Agak-agak Tira tu nape ek?Nape sorang je ek?Sebab trauma masa mengandung ke atau trauma masa bersalin ek?erk..

Tablet PC yang best
Dah tak lama dah nak puasa. Dan dah agak lama jugak tak raya. Mudah-mudah Allah mudahkan ibadat puasa aku dan isteri aku dan semua umat Islam. Mudah-mudahan kita semua dapat meningkatkan ibadah pada bulan yang mulia ini sebagai bekalan kita diakhirat nanti. Dan mudah-mudahan aku dapat puasa penuh sebulan tanpa masalah dan tanpa gastrik. Aminnnn. Dengan ini jugak, aku mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa dan aku memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan aku kat korang semua sempena nak puasa nanti.


*kpd isteriku...nanti makan banyak2 eh...biar naik semula berat badan tu...erk...