بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Wednesday, April 18, 2012

Sate Zul

kedai Sate Zul yang terkenal kat Kuantan ni...yang ni branch Jalan Teluk Sisek

Alhamdulillah. Kali ni Tuhan memang betul-betul tolong aku. Aku pun bersungguh-sungguh berdoa kat Tuhan dalam 3-4 hari ni. Kisahnya bermula begini. Kan hari Khamis lepas aku balik kampung. Masa tu aku apply cuti kat boss aku. Aku apply hari Ahad dengan Isnin yang kononnya hari Selasa tu patutnya masuk keje. Pastu aku sms la boss aku nak mintak cuti. Tak lama tu dia reply. "ok boleh, hari selasa mob gi Dxxxxxx" dengan perasaan gembira bercampur sedih aku pun terima je la plan yang macam tu. Dan aku pun balik la kampung hari Kamis tu.  Masa sebelum balik kampung tu memang dah plan dengan isteri aku nak balik semula ke Kuantan hari Sabtu. Kononnya nak berehat-rehat kat rumah kat Kuantan sementara nak kena gi laut hari Selasanya. Ntah camana ntah tetiba tak jadi balik Kuantan hari Sabtu tu (mak aku kata aku dengan isteri aku ni monggang manggong, bahasa Jawa yang maksudnya teragak-agak). Memang aku dengan isteri aku selalu macam tu. Plan nak duduk kejap je kat kampung tapi biasanya mesti tak ikut plan. 

Memang masa dah sampai Kuantan tu aku rasa  tak ready lagi nak kena gi laut. Aku pun berdoalah kat Tuhan dengan bersungguh-sungguh supaya tak kena pegi laut hari Selasa tu. Last-last pagi Isnin tu aku dapat email dari boss aku, plan nak ke Dxxxxx tu postpone ke hari Khamis. Kegembiraan aku tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata kat sini, cuma boleh digambarkan dengan tulisan. Isteri aku pun happy jugak dengan kurniaan Allah yang macam tu. Pastu ok la...kena pegi Khamis. Takpelah. Dah tugas, nak wat camana kan. Pastu aku berdoa lagi kat Tuhan sebab aku rasa hari Khamis pun aku rasa masih tak ready lagi nak pegi. Memang aku tau semua keputusan samada aku pegi laut atau tak semuanya ditangan Tuhan. Sekali lagi aku berdoa agar Tuhan tak hantar aku pegi laut. Pagi-pagi lepas bangun tido pagi tadi, aku dapat sms dari boss aku, "mob Dxxxxx Ahad, esok kansel (cancel)". Alhamdulillah. Aku benar-benar bersyukur. Memang Allah Maha berkuasa keatas sesuatu. Walau macamana perfect boss aku plan, plan dia masih tak boleh nak lawan plan yang Tuhan dah buat. Sesungguhnya, memudahkan sesuatu yang sukar itu amat mudah bagi Allah.

Malam sebelum tu isteri aku dah cakap kalau aku tak jadi pegi laut Khamis ni, dia nak temankan aku tengok citer Battleship. Mula-mula aku nak ajak dia pegi siang tadi, tapi aku rasa aku pun macam malas nak pegi sebab letih merumput (cabut rumput) dekat halaman rumah aku yang sekangkang kera tu. Aku malas nak suruh orang mesin rumput tu sebab lalang ni kejap je dia pendek, lepas 2-3 hari dia panjang balik. Baik aku cabut terus dengan akar-akar dia. Biar rumput-rumput pendek je yang tumbuh. Lagipun kan halaman depan rumah aku tu dah penuh dengan pasu-pasu bunga ros, jadi agak susah nanti kalau nak panggil orang untuk mesin tumput. Kita tengok sampai bila rumput tu boleh bertahan.

Masa balik kampung tu sempat jugak la aku tukar spot rim. Pastu beli drive shaft untuk kia tu. Hari Isnin baru aku hantar kia tu repair drive shaft. Dah tak de bunyik-bunyik dah keta aku bila corner. Takpe. Bagi cukup-cukup 2-2 keta aku tu. Lepas ni dah tak yah nak repair-repair lagi dah. Tinggal lanyak je. Banyak jasa keta-keta aku ni. Membawa aku dan isteri aku kemana aja samada dekat dan jauh. Pakai keta second hand ni memang nak kena ada 2 keta. Satu untuk standby kalau yang lagi satu tu rosak. Kalau keta baru takpe la. Kebarangkalian untuk rosak tu kira agak kurang lah. Tapi kalau keta second hand ni kita tak tau sebab bukan kita yang pakai sebelum ni. Bila kita dah pakai baru kita tau itu rosak, ini nak kena tukar. Takpe. Pelan-pelan. Pengalaman selama 10 tahun memilik keta second hand mengajar aku menangani masalah-masalah ini. Masa pakai vios je dapat merasa pakai keta baru. Tapi tu pun kejap je. 3 bulan beli terus eksiden. Dan selepas-selepas tu keta tu pun tak ubah macam keta second hand. Kejap nak kena repair. Pasni beli keta Merc je la senang. Walaupun spare part dia mahal tapi dia boleh tahan lama. Tak macam keta Jepun. Spare part murah tapi tak tahan lama. "kalau semua barang bole tahan lama, macamana mau carik makan" kata Ah Wah, pomen kat Padang Lalang. betul jugak kata Ah Wah. "Nothing last forever, even cold November rain" kata Axl Guns and Roses.

Ok lah. Stop kat sini, Perut aku dah lapar walaupun tadi dah makan nasik lauk sambal ikan bilis yang isteri aku belajar dari mak aku masa balik kampung tempoh hari. Sambal ikan bilis jawa. "Nak makan sate tapi nanti mesti gigi sakit kalau makan sate" kata isteri aku tadi masa aku nak ajak dia kuar makan. Takpe sayang, kita makan sate Zool...huahuahua....

*kepada isteriku...jom makan sate zul...>>>>>>>>>>>>>

2 comments:

Katak Hijau said...

wakakaakaka.. sate zol laa.. hua3

Joe Black said...

betul la...sate zoool...huhu